24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik mufti WP baru

    Shopee Sale

    Pendakwah terkenal, Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan baru berkuat kuasa 23 Mei lalu.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dalam satu hantaran hari ini, memaklumkan pelantikan itu menerusi Facebook rasminya.

    “Sekalung tahniah. Ketua Pengarah dan seluruh warga Jakim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 23 Mei lalu.

    “Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara,” katanya.

    Ahmad Fauwaz adalah anak kepada bekas presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor dan adik kepada Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil.

    Ahmad Fauwaz memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya. Selain itu, dia juga pernah menjalani latihan kefatwaan di Dar al-Ifta', Mesir, dan memiliki sijil kemahiran fatwa.

    MENARIK:  'Saya dah beri pendidikan, hukumlah anak saya jika dia salah'

    Dia juga adalah ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan mempunyai kepakaran dalam bidang akidah serta pernah berkhidmat sebagai panel pakar akidah di Jabatan Agama Islam Perak.

    Sebelum dilantik sebagai mufti, Ahmad Fauwaz juga aktif dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Dia pernah mengetuai jawatankuasa khas untuk membentuk modul pemulihan akidah bagi kanak-kanak yang terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

    Dalam bidang kewangan Islam, dia berkhidmat sebagai penasihat syariah untuk beberapa institusi, termasuk Alliance Islamic Bank Berhad dan FWD Takaful Berhad. Dia juga mengendalikan latihan berkaitan fiqh perundangan Islam melalui syarikatnya, FAZ Advisors.

    Pelantikan Ahmad Fauwaz sebagai mufti Wilayah Persekutuan adalah sebagai menggantikan Luqman Abdullah, yang kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya selepas memegang jawatan tersebut sejak 2020.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah