27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara

    Shopee Sale

    Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

    Negeri yang terlibat menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

    Di Perak, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan.

    MENARIK:  Zuhdi perkecil ‘dosa’ Zaharudin, dedah wajah sebenar PAS - Syahredzan

    Keadaan sama diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

    Selain itu, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak turut dijangka berdepan cuaca sebegitu.

    Di Sabah pula melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah