31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amanah: Cabaran tarif AS peluang wujudkan politik matang, titik tengah

    Shopee Sale

    Amanah berpendapat iklim politik negara akan berubah menjadi lebih baik jika setiap blok politik memainkan perananan menasihatkan penyokong masing-masing sewajarnya.

    Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof, berkata hal itu boleh dilaksanakan jika melihat kepada bagaimana ahli-ahli parlimen bersidang dan berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

    Katanya sidang khas parlimen yang berlangsung itu agak unik kerana secara keseluruhan perbahasan membawa ahli parlimen ke arah konsensus nasional.

    Hal itu bermakna, kata Mujahid, isu tarif yang dikenakan AS sudah berjaya menghimpunkan semua pihak ke arah suatu naratif yang sama iaitu mempertahankan maruah negara.

    "Apakah perbahasan tarif sebagai reaksi terhadap tindak balas Presiden Donald Trump di parlimen hari ini satu peluang mencetuskan konsensus dan menyatukan ahli-ahli politik untuk menjamin kestabilan dan kedaulatan negara?

    "Jika semua blok politik dapat mendidik penyokong masing-masing dengan naratif yang mereka sampaikan dalam sesi parlimen hari ini, politik kita akan menjadi lebih matang, objektif dan menuju ke titik tengah yang sangat diperlukan hari ini," katanya dalam kenyataan media.

    Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas hari ini sebagai reaksi terhadap langkah Washington mengenakan tarif ke atas pelbagai negara melalui pengumuman dibuat Trump pada 3 April lalu.

    Langkah itu meningkatkan lagi peranang perdagangan di antara AS dengan negara lain serta menggegarkan pasaran global.

    Tindakan itu kemudian mengundang bertindak balas negara lain - khususnya China - dan dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.

    Kata Mujahid, blok-blok politik di negara ini pernah mencapai konsensus dalam isu pandemik Covid-19 dulu walaupun diakui ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggugat demokrasi.

    MENARIK:  Gambar bogel: NGO kecam polis siasat mahasiswa UM

    Era selepas PRU ke-15 pula, katanya, memberi peluang kepada kewujudan konsensus politik namun tidak dapat memenuhi keseluruhan titah Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu.

    Dalam sidang khas hari ini, kata Mujahid, parlimen secara konsensus melihat perlunya peluang platform baru yang lebih terbuka, serta mengukuhkan hubungan pasaran ekonomi Asean bersama China, GCC dan antara negara Asean.

    Persefahaman itu, katanya, menunjukkan semua pihak bersetuju bahawa Malaysia harus mengambil sikap diplomatik dalam rundingan bagi mengimbangi sikap terbuka dalam peperanangan perdagangan AS-China.

    "Kedua-duanya adalah rakan utama perdagangan Malaysia, dan perlu ditangani umpama menarik rambut dalam tepung.

    "Saya melihat perbahasan di Dewan Rakyat hari ini membawa isyarat yang baik, bahawa di sebalik krisis ada peluang untuk memperkukuhkan konsensus politik di peringkat nasional," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah