27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akta mesin cetak: PM jamin teliti bantahan wartawan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan meneliti bantahan wartawan terhadap cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

    Iltizam itu dinyatakan di media sosialnya petang ini, beberapa jam selepas wartawan dan aktivis kebebasan media berdemonstrasi dan berarak ke parlimen pagi ini.

    “Insya-Allah kerajaan menerusi kementerian berkaitan akan meneliti setiap bantahan, kritikan dan cadangan yang dibangkitkan bagi menjamin suasana positif untuk industri media, di samping menjaga hak dan kebebasan mereka,” katanya. 

    Pindaan itu dibantah selepas ia dilapor mahu memperkenalkan semula skim pelesenan tahunan untuk penerbitan media dan memperluaskan PPPA kepada media atas talian.

    Sementara itu, Anwar juga berkata telah menerima memorandum bantahan itu melalui Setiausaha Akhbar Kanannya Tunku Nashrul Abaidah yang diserahkan di pekarangan parlimen.

    MENARIK:  Tiba masanya PAS terajui PN, kata Hashim

    Pagi tadi, lebih 50 petugas media dan ahli NGO berarak ke parlimen untuk menyampaikan memorandum memperjuangkan kebebasan media. 

    Perarakan itu dianjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), kumpulan prokebebasan media Gerakan Media Marah (Geramm) dan NGO Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

    Malaysiakini antara pihak yang turut menandatangani memorandum itu.

    Semalam, dilaporkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pembentangan cadangan pindaan PPPA ditangguh sementara menunggu libat urus dengan semua pihak berkepentingan.

    Saifuddin berkata kerajaan mengutamakan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) yang turut memberi kesan kepada wartawan dan industri media.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah