26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal mengaku tak bersalah buat kenyataan cetus kegentaran awam

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran awam dan kegusaran awam. 

    Akmal yang juga Adun Merlimau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nurul Rashidah Mohd Akit. 

    Mengikut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan itu menerusi satu hantaran di media sosial pada kira-kira tiga petang, 11 Ogos lalu, yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran serta kegusaran awam.

    MENARIK:  Penutupan selat Hormuz akan jejas Amerika, seluruh dunia - Ketua RDIF

    Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Mohd Nordin Ismail mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Akmal diwakili pasukan peguam diketuai Aizat Azam. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah