26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akan ada lagi pemimpin profil tinggi PN sertai PKR’

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjangkakan lebih ramai individu berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan meningalkan parti masing-masing dan menyertai partinya.

    Katanya, pihaknya ada menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai nama besar di dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.

    Bagaimanapun, Saifuddin dalam temu bual dengan akhbar Utusan Malaysia, menegaskan bahawa PKR tidak menggunakan apa-apa eleman seperti memujuk, mengumpan atau mengugut.Sebalinya, katanya adalah lebih bernilai keanggotaan parti jika ia pilihan sendiri.

    “Saya boleh mengesahkan masih ada lagi orang-orang yang telah mendatangi dan menghubungi kami sama ada di peringkat saya atau Presiden (Anwar Ibrahim) yang menzahirkan hasrat sama.

    “Kalau ada berita di sana, di sini tentang kemasukan anggota biasa Bersatu dan sebagainya itu saya anggap perkara biasa sebab memang kami menerima pada sepanjang masa.

    “Setiap bulan apabila saya bermesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), satu agenda khas setiausaha agung membentangkan permohonan menjadi anggota parti mengikut negeri dan cabang di seluruh negara,” katanya.

    MENARIK:  Pegawai saya kata ‘ikan besar’ tiada kaitan dengan sindiket - Azam

    Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, PKR membuat beberapa ketetapan sekiranya yang memohon dan meminta untuk diterima terdiri daripada mereka berpengaruh.

    “Jadi itu mesti diberi justifikasi dan penerangan. Memang ada ada individu high profile yang mohon,” katanya.

    Semalam, bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata lebih ramai pemimpin dan ahli perintis parti itu di semua peringkat akan menyertai PKR.

    Selain Faiz, penyertaan terbaru Bersatu ke PKR termasuk bekas Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah