29.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahathir khuatir orang luar kuasai Parlimen lepas akta dikembalikan

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad khuatir Parlimen akan dikuasai kumpulan tertentu selepas Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan.

    Dr Mahathir berkata, bila ada "orang luar" diambil berkhidmat dalam Parlimen mungkin akan ada elemen pilih kasih dalam pengambilan pekerja.

    "Kalau kita perkecilkan jumlah orang boleh berkerja dalam Parlimen, mungkin ada keperluan nak cari orang lebih baik, kalau tak dapat orang lebih baik yang masih ada ambil orang luarlah.

    "Bila ambil orang luar itu adalah elemen pilih kasih, itu jadi masalah, saya khuatir akan ada ganti-ganti orang (kerja dalam parlimen) sebenarnya penyokong kuat kepada kerajaan," katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

    Dewan Rakyat pada Rabu lalu meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang bertujuan untuk mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

    MENARIK:  Isu komponen, kekurangan tenaga mahir punca insiden teknikal pesawat MAB

    Pindaan itu mendapat sokongan 148 ahli parlimen menerusi undi belah bahagi sekali gus melepasi keperluan majoriti dua pertiga.

    Bagaimanapun, 57 ahli parlimen tidak mengundi manakala 17 lagi tidak hadir ketika sesi undian dijalankan.

    Sebelum itu, 18 ahli parlimen kerajaan dan pembangkang telah membahaskan rang undang-undang tersebut.

    Untuk rekod pada tahun 1992 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Akta Perkhidmatan Parlimen ini dimansuhkan.

    Susulan pemansuhan akta itu, perkhidmatan parlimen diletak bawah naungan eksekutif dan kakitangan parlimen bukan lagi dianggap sebagai golongan yang bebas dan berautonomi.

    Sebaliknya tertakluk kepada naungan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dalam masa sama, JPA juga berkuasa untuk menentukan sesiapa yang boleh menganggotai perkhidmatan parlimen seperti yang dilakukan ke atas agensi-agensi kerajaan lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah