32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aidilfitri: Kutipan sampah meningkat lebih dua kali ganda di Kelantan

    Shopee Sale

    Jumlah kutipan sampah di Kelantan mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda sepanjang musim perayaan Aidilfitri berbanding hari biasa, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah.

    Beliau berkata secara purata 200 tan metrik sampah dikutip setiap hari sebelum ini, namun angka itu meningkat kepada 400 tan metrik sehari sepanjang perayaan berkenaan.

    “Jadual pungutan sampah diteruskan seperti biasa, namun jumlah pembuangan sampah meningkat disebabkan kebanjiran peranantau yang pulang ke kampung dan acara rumah terbuka yang diadakan orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan perlu dihormati - Zahid

    Hilmi juga memaklumkan waktu operasi tapak pelupusan sampah dilanjutkan sehingga pagi bagi memenuhi keperluan itu.

    “Antara tapak pelupusan sampah yang terlibat adalah di Beris Lalang, Pasir Puteh, Ketereh, Tanah Merah dan Tumpat,” katanya.

    Beliau turut menjelaskan bahawa peningkatan sampah dilihat lebih ketara di bandar utama, sementara di daerah lain jumlahnya agak rendah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah