31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli PKR Melaka diseru perkukuh perpaduan hadapi PRN

    Shopee Sale

    Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua ahli parti itu supaya memperkukuh perpaduan demi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.

    Katanya perpecahan dan sikap berpuak-puak dalam kalangan ahli hanya akan melemahkan parti dalam meraih sokongan dan menjamin kemenangan pada PRN itu nanti.

    “Selepas pengundian, kita harus memautkan kembali hati semua pihak.

    “Membangkitkan titik-bengik atau isu kecil selepas selesai pengundian parti hanya akan melemahkan kekuatan parti sedangkan tumpuan sebenar harus diberikan kepada perjuangan bersama,” katanya.

    MENARIK:  Lee didakwa pandu berbahaya, sebabkan kematian Zuhal dan Marikh

    Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran Majlis Pimpinan PKR Melaka yang dihadiri lebih 200 ahli dan di negeri itu malam tadi.

    Dewan Undangan Negeri Melaka akan tamat tempoh pada Dis 2026.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah