27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli Kongres kemuka usul jadikan hari lahir Trump cuti umum

    Shopee Sale

    GLOBAL l Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan rang undang-undang bagi menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan. 

    Tenney menerusi platform X berkata, sama seperti hari lahir George Washington yang diiktiraf sebagai cuti umum persekutuan, hari lahir Trump juga wajar diraikan sebagai pengasas "Zaman Keemasan" Amerika, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

    Washington, iaitu presiden pertama Amerika Syarikat dilahirkan pada 22 Feb, namun Hari Presiden yang memperingati kelahirannya disambut pada Isnin ketiga, bulan Februari setiap tahun. 

    MENARIK:  Ahmad Maslan nafi Akmal diminta tak sertai kempen PRK Mahkota

    Tenney berkata tiada presiden moden yang lebih berpengaruh di negara itu berbanding Trump. 

    "Hari ini, saya mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan Hari Lahir Trump dan Flag Day sebagai cuti umum persekutuan, bagi memastikan sumbangan beliau terhadap keagungan Amerika terus diabadikan dalam undang-undang," katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah