27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong ingatkan panglima baru pada prinsip tolak rasuah

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baru, Jeneral Malek Razak Sulaiman, agar menjadikan budaya menolak rasuah sebagai teras kepimpinan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Dalam sesi menghadap di Istana Negara hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan sesebuah angkatan pertahanan tidak hanya bergantung kepada aset dan teknologi, tetapi juga pada nilai integriti. 

    Seri Paduka bertitah bahawa ketelusan dan akauntabiliti adalah asas penting bagi memastikan ATM kekal dihormati dan diyakini oleh rakyat.

    MENARIK:  Malaysia kutuk keras serangan terbaru Israel ke atas Gaza

    "Seluruh warga ATM perlu mengekalkan disiplin tinggi dan menjadikan prinsip menolak rasuah sebagai budaya kerja yang berterusan demi kedaulatan dan kepentingan negara," titah Sultan Ibrahim.

    Selain isu integriti, Sultan Ibrahim turut mengingatkan kepimpinan tertinggi ATM supaya sentiasa mengutamakan kebajikan anggota tentera. 

    Baginda juga menekankan kepentingan mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara selaras dengan perkembangan cabaran keselamatan semasa.

    Sultan Ibrahim turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Malek Razak untuk menggalas tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi sebagai panglima baru. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah