33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afidavit adendum: MKT anggap Zahid berani, solid bela Najib

    Shopee Sale

    Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini menyatakan rasa penghargaan dan memuji tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap berani kerana mengemukakan afidavit bagi membela Najib Razak.

    Seorang ahli MKT yang enggan didedahkan identitinya memberitahu Malaysiakini, badan itu memang ada membincangkan isu titah tambahan (adendum) yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

    Bagaimanapun dia tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan berkenaan.

    "MKT serah (tindakan lanjut) pada presiden (Ahmad Zahid) selepas mahkamah buat keputusan pada 5 Jun nanti, tetapi MKT merakamkan terima kasih kerana presiden berani dan sanggup buat afidavit.

    "Itu dianggap oleh Umno sebagai solid (kukuh) dan tegas membela Najib untuk mendapat perbicaraan adil," katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat MKT Umno di Kuala Lumpur hari ini.

    Mesyuarat MKT Umno dipengerusikan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri.

    Sebelum ini Ahmad Zahid memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    Titah tambahan itu dikatakan bagi membolehkan Najib menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.

    MENARIK:  Orang Asli Pahang dapat tanah dalam penyelesaian dengan syarikat sawit

    Sebelum itu bekas menteri besar Pahang berkenaan sudah diberikan keringanan hukuman iaitu pemotongan tempoh tahanan penjara serta denda yang perlu dibayarnya.

    Ahmad Zahid memfailkan afidavit itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu setelah melihat dan membaca titah itu didakwanya melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 30 Jan.

    Sementara itu, seorang lagi ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsudin, mengesahkan isu titah tambahan itu dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

    Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam proses mahkamah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah