32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    8 negeri diramal alami hujan lebat, ribut petir

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia pada jam 7.55 pagi tadi, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Melaka.

    Di Kelantan pula, kawasan yang terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah; selain Port Dickson di Negeri Sembilan.

    Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).

    MENARIK:  Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, hadiri sidang kemuncak G20

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah