REV Media Group bakal menganjurkan Exploding Content 2026 menerusi konsep baharu yang dikenali sebagai REVchella, dari 20 hingga 22 Oktober ini.
Artikel Berkaitan: REV Media Group Rangkul 7 Anugerah Di MDA d’Awards 2026, Perkukuh Kedudukan Dalam Penerbitan Digital
Artikel Berkaitan: REV Media Group Meneruskan Cabaran ‘Real Atau AI’, Bantu Bezakan Kandungan Asli & Janaan AI
EC Day 2026

Berinspirasikan festival, acara ini mengetengahkan perkembangan dunia kandungan menerusi idea, teknologi dan pengalaman interaktif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, perubahan dalam dunia kandungan bukan sekadar melibatkan kemunculan platform atau format baharu, sebaliknya turut merangkumi cara audiens berinteraksi dengan maklumat dan budaya.
Masa depan kandungan bukan sekadar tentang platform atau format baharu.
Ia juga berkaitan dengan cara audiens mencari maklumat, berhubung dengan budaya, mengikuti kandungan di pelbagai platform dan mengambil bahagian dalam sesuatu pengalaman.
Melalui Exploding Content 2026, kami ingin menunjukkan perubahan ini dan membantu jenama memahami cara untuk terus relevan kepada audiens Malaysia.
Menerusi edisi kali ini, REV Universe mengetengahkan empat tema utama iaitu penemuan, budaya, capaian dan pengalaman.
Tema Masa Depan Penemuan melihat bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah cara audiens mencari maklumat serta kepentingan kandungan berkualiti untuk membantu jenama lebih mudah ditemui.
Bagi tema Masa Depan Budaya, fokus diberikan kepada cara jenama mendekati masyarakat menerusi komuniti, perbualan dan pengalaman seharian.
Tema Masa Depan Capaian pula meneroka cara jenama berhubung dengan audiens yang mengikuti kandungan menerusi pelbagai platform dan peranti.
Sementara itu, Masa Depan Pengalaman mengetengahkan penceritaan kreatif, komuniti dan personaliti bagi mewujudkan pengalaman jenama yang lebih menarik serta mudah diingati.
Sepanjang berlangsungnya acara itu, tetamu dan pelanggan jemputan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk lawatan ke ruang pameran, pembentangan, pengalaman interaktif serta sesi jaringan.
Program berkenaan akan berlangsung dalam dua sesi setiap hari bagi memberi ruang kepada peserta untuk meneroka idea baharu, mencuba pengalaman yang ditawarkan dan bertukar pandangan mengenai perkembangan industri kandungan serta pemasaran.
The post Rev Media Kembali Dengan Exploding Content 2026, Ketengahkan Masa Depan Dunia Kandungan first appeared on OHBULAN!.





