Pelakon, Isa Khan terus mencuri tumpuan, kali ini menegur para wanita yang tidak menutup aurat ketika pergi ke masjid untuk berbuka dan melakukan solat terawih.
Artikel Berkaitan: Ariff Bahran Selar Kenyataan Isa Khan ‘Solat Tarawih Tak Diterima Kalau Tinggal 5 Waktu’ – ‘Mungkin Cara Ke Arah Kebaikan’
Artikel Berkaitan: ‘Kebanyakan Baju Raya Perempuan Di Malaysia Semua Tak Senonoh’ – Isa Khan
Teguran kepada wanita

Menurut pemilik Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, kebanyakan jemaah wanita yang hadir tidak memakai sarung kaki yang merupakan sebahagian daripada aurat yang perlu ditutup.
Isa menegaskan menjaga aurat semasa solat adalah kewajipan buat semua.
Banyak wanita islam di malaysia yang pergi ke masjid pada bulan ramadhan ni untuk iftar dan tarawih, tapi tak pakai sarung kaki (stokin).
Kaki perempuan tu aurat, takkan tak tahu? Sebab tu agama perintahkan kaum wanita ni lebih baik solat dekat rumah saja kalau tak mampu nak jaga aurat dengan sempurna.
Dari nak buat pahala kat masjid akhirnya hanya menjadi dosa yang sia-sia.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.
Sebelum ini, Isa sering kali menjadi tumpuan ramai kerana secara terbuka menegur para wanita berkaitan dengan aurat.
Sumber: Threads
The post Isa Khan Tegur Wanita Pergi Masjid Tak Pakai Stokin – ‘Dari Nak Buat Pahala Akhirnya Jadi Dosa’ first appeared on OHBULAN!.





