27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizi Kirana Kongsi Gambar Bersama Keluarga Bekas Suami – ‘Abah & Mak Tetap Jadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Zizi Kirana menyifatkan bahawa bekas ibu bapa mentuanya akan tetap dianggap sebagai orang tuanya sepanjang hayat.

    Artikel Berkaitan: ‘Kembali Fokus Kepada Misi Kemanusiaan, Kita Tak Perlukan Perbalahan Tapi Kesatuan & Kekuatan’ – Zizi Kirana

    Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Mahu Saman Individu, Berang Dilabel Tidak Sekufu – ‘Zizi Kirana Dah Berhijrah, Tapi Dia Masih Dalam Bidang Lakonan’

    Tetap ibu bapa

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil, 41, itu memuat naik gambar bersama dengan bekas keluarga mentuanya.

    Dalam masa yang sama, Zizi turut berharap agar hubungan mereka akan berkekalan selamanya.

    Semoga Allah memelihara kebaikan antara kita dan melimpahkan barakah dalam setiap kenangan.

    Menjengah ke ruangan komen, Zizi turut bersetuju dengan satu komen yang ditinggalkan oleh rakan seperjuangannya, Musa Nuwayri.

    MENARIK:  [VIDEO] Baju Saya & Fattah Sedondon Tu Kebetulan, Saya Tak Tipu’

    Dalam komen itu, Musa berharap hubungan antara menantu dan mentua kekal harmonis buat selamanya, walau apa pun yang berlaku.

    Abah dan Mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila.

    Terdahulu, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

    Sebelum ini, netizen mula menghidu pergolakan hubungan mereka apabila mendapati pasangan tersebut tidak lagi mengikuti akaun media sosial satu sama lain dan tidak menyambut Aidilfitri bersama.

    Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

    Sumber: Threads

    The post Zizi Kirana Kongsi Gambar Bersama Keluarga Bekas Suami – ‘Abah & Mak Tetap Jadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah