
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memutuskan kes perceraian penyanyi, Zehra Zambri dan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin ditangguhkan ke 7 Mei depan.
Tak jadi cerai

Peguam mewakili Zehra, Abd Muiz Samsuri berkata, tarikh tersebut akan diteruskan dengan proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) dan meminta kedua-dua pihak untuk melantik wakil masing-masing.
Zehra difahamkan bakal melantik bapanya, Zambri Ahmad sebagai wakil JKP.
Pihak Iqwan tidak bersetuju melepaskan Zehra secara baik, justeru mahkamah menetapkan tarikh lain untuk kedua-dua mereka melantik wakil untuk proses JKP.
PIihak Zehra harap Iqwan dapat membuka hatinya untuk melepaskan Zehra secara baik. Pihak Zehra akan melantik bapanya sebagai wakil JKP.
Muiz berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian Zehra dan Iqwan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada Khamis.
Tuntutan cerai

Sementara itu, Muiz berkata pihaknya tidak boleh memperincikan mengenai lima tuntutan yang dibuat anak guamnya untuk menuntut perceraian terhadap Iqwan.
Apa sahaja alasan dalam tuntutan mahkamah itu yang berlaku antara mereka. Tetapi lebih terperinci biarlah mahkamah sahaja yang tahu.
Sementara itu, Iqwan berkata, dia masih belum membuat keputusan untuk melantik wakil JKP dan memaklumkan masih belum melantik peguam.
Sebelum ini, Iqwan berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu dan antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.





