28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarina Anjoulie Tak Menyesal Buat Pembedahan Hidung – ‘Orang Cakap Terlalu Mancung, Tapi Saya Suka’

    Shopee Sale



    Zarina Anjoulie

    Selepas sebulan melakukan pembedahan rekonstruktif hidung, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengakui berpuas hati dengan hasilnya.

    Tak menyesal

    Zarina Anjoulie

    Meskipun netizen melemparkan cacian, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 36, berkata, dia tidak berasa menyesal melakukan pembedahan tersebut.

    Bila tengok semula gambar-gambar lama, saya tak menyesal buat hidung terutama bila lakukan penggambaran. Sudut sisi saya nampak lebih menarik.

    Saya tidak kisah apa orang lain mahu katakan, tetapi saya sangat menyukainya.

    Orang cakap hidung saya terlalu menonjol (mancung), tetapi itu lah perubahan daripada pembedahan plastik tersebut untuk nampak lain daripada sebelum ini.

    Kalau nak nampak sama, buat apa tujuannya lakukan pembedahan plastik.

    Zarina memaklumkan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram berserta beberapa foto sebelum dan selepas wajahnya menjalani pembedahan.

    MENARIK:  Neelofa Berterima Kasih Kepada Suami, Sentiasa Bantu Tingkatkan Iman – ‘Untungnya Ada Pasangan Yang Ajak Ke Arah Kebaikan’

    Sebagai kesimpulan, Zarina atau mesra disapa Anju berkata, dia amat menyukainya hidungnya yang terkini kerana kelihatan lebih mancung.

    Saya memang bertujuan mahu mancungkan dan nampak lebih tajam pada hidung.

    Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan penampilan saya yang sekarang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah