
Pelakon dan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie, mencuri perhatian ramai apabila mendakwa penyanyi rap Saixse, atau nama sebenarnya Saiful Gabbir, telah mencuri kad bank miliknya.
‘Aku akan menyusahkan hidup kau balik’

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, secara terbuka menggesa pelantun lagu Malam Pagi itu supaya mengembalikan kad bank tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri dalam isu ini.
Saixse aka Saiful Gabbir aku dan polis akan cari kau sampai dapat. Si pencuri kad bank aku. Aku minta kau cara baik, di bulan mulia ni tak elok nak gaduh tapi kau menyusahkan aku. Aku akan menyusahkan hidup kau balik.
Tidak hanya itu, Zarina memberitahu bahawa dia sudah cuba untuk berbincang namun penyanyi terbabit tidak mengendahkan.
Susulan daripada itu, Zarina telah menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Saixe.
Sesiapa ada info lagi pasal rapper yang kaki isap barang ni tolong beri info dekat aku, aku akan bagi reward. This is the rapper yang buat lagu malam masih muda. Aku cuba untuk berbincang dengan baik tapi dia tak hiraukan.
Menurut Zarina, ini bukan kali pertama Saixse berdepan masalah dengan individu lain. Dia turut mendakwa bahawa penyanyi rap SonaOne juga menjadi mangsa perbuatan Saixse.
Lepas dah buat hal dengan aku dia buat hal dengan Sonaone pula. Aku dan Sonaone mangsa dia.
Setakat artikel ditulis, Saixse belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tuduhan tersebut. Difahamkan, Zarina juga telah memadam perkongsian tersebut selepas beberapa minit dimuat naik.





