Pelakon, Zarif Ghazzi mengakui tidak berdepan kesukaran mencari keserasian bersama barisan pelakon lain dalam drama terbaharu terbitan Viu Malaysia berjudul Satu, Dua….Dia? arahan Dato’ Yusry Abdul Halim.
Artikel Berkaitan: Alpha Tak Pernah Gaduh Besar Sepanjang Empat Bulan Bersama, Utamakan Toleransi & Saling Pujuk-Memujuk
Mudah cari keserasian

Zarif, 21, berkata, sejak hari pertama penggambaran, dia bersama tunggak utama naskhah tersebut iaitu Afiq Hamidon, Ariel Fesol dan Rizal Rasid sudah memahami peranan masing-masing serta mampu membina keserasian dengan cepat.
Pada hari pertama lagi semua orang sudah jelas dengan peranan masing-masing. Kami tahu bila perlu ke depan atau ke belakang untuk mencantikkan babak. Dari situ chemistry antara kami terus terjalin.
Tambah Zarif, antara cabaran utama yang dilaluinya adalah ketika melakukan babak tarian kerana memerlukan penggunaan tenaga sepenuhnya.
Selama 21 tahun sendi saya tidak pernah bergerak sebegitu rupa. Menari bukan sekadar menggerakkan tangan, tapi seluruh sendi dan otot badan. Benar-benar pengalaman baharu buat saya.
Bagi Afiq pula, minatnya terhadap dunia tarian memberi sedikit kelebihan, namun tetap mengakui tugas itu tidak semudah disangka.
Saya memang suka menari dan pernah buat kandungan tentang tarian. Kadang-kadang waktu mandi pun saya tengok video penari-penari terkenal, kira macam latihan juga lah
Selalunya saya buat freestyle, tapi kali ini kena ikut koreografi penuh. Nasib baik ada Ariel dan Rizal yang banyak membantu kami menyesuaikan diri. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan.
Sementara itu, Ariel mengakui perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri semula selepas lama meninggalkan dunia lakonan.
Minggu pertama memang sangat stres. Bukan sebab tak tahu apa yang nak dibuat, tapi sebab rasa boleh buat lebih baik. Setiap malam saya balik rumah dan baca skrip, berlatih seorang diri.
Saya tak mahu menyusahkan mana-mana pihak. Alhamdulillah, dengan usaha itu Allah permudahkan segalanya. Bila hasil kerja saya mendapat perhatian Datuk Yusry sendiri, satu penghargaan besar buat saya.
Dalam pada itu, Rizal pula menyifatkan peluang berlakon dalam Satu, Dua….Dia? sebagai pengalaman berharga yang membuka ruang untuknya belajar daripada pengarah hebat.
Saya rasa sangat beruntung. Peluang ini memang antara yang dicari-cari oleh orang Brunei yang minat berlakon seperti saya. Saya cuba serap sebanyak mungkin ilmu daripada Datuk Yusry yang saya anggap sebagai legenda.
Sebelum ini saya lebih aktif menyanyi di Brunei, tapi dengan peluang ini saya mahu buka ruang untuk terlibat lebih aktif dalam dunia lakonan.
Dengan bimbingan Yusry Abdul Halim dan gabungan empat wajah baharu penuh potensi, Satu, Dua….Dia? akan muka ditayangkan pada 23 Oktober ini di platform Viu Malaysia.
Selain empat jejaka tampan ini, naskhah tersebut turut dibintangi Erysha Emyra.
The post Zarif, Afiq, Ariel & Rizal Mudah Serasi first appeared on OHBULAN!.





