Pelakon, Nad Zainal mendedahkan suaminya, Ungku Ismail pernah menangis ketika dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 2022.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Trauma Tidur Atas Sofa, Dengar Bunyi Tapak Kaki Ke Dapur – ‘Sampai Sekarang Tak Tahu Siapa’
Sedih, rindu Nad

Menurut Nad, 36, ketika kejadian itu mereka masih berkawan dan dia tidak menyangka Ungku akan begitu sedih sehingga menitiskan air mata mengenangkan keadaannya.
Nad berkata, dia mula mempercayai perkara itu selepas menonton sendiri video temu bual Ungku bersama Melodi yang memaparkan aktor itu tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan keadaan dirinya.
Sewaktu saya sakit sekitar November hingga Disember 2022, saya duduk di HKL, dalam ICU agak lama sebelum transfer ke IPR.
Satu hari, ada nurse datang cakap, ‘Nad… Ungku nangis tau…’. Saya hanya mampu senyum dan membalas, ‘Taklah…’
Nurse itu berkeras cakap iya. Sampailah bila saya keluar hospital, orang ramai forward video dia ditemu bual.
Tambah Nad, sepanjang mereka berkenalan, Ungku bukanlah seorang yang mudah menunjukkan emosi, malah tidak pernah berterus terang mengenai perasaannya.
Sepanjang perkenalan, dia seorang yang susah nak tunjuk emosi dia, lagipun dia tak pernah cakap dia suka saya.
Nad turut memuat naik semula video temu bual berkenaan yang memaparkan Ungku meluahkan rasa rindu terhadapnya serta berdoa agar dia segera sembuh.
Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri pada 20 November 2022 sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata. Nad turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Threads
The post Nad Zainal Tak Sangka Ungku Ismail Menangis Ketika Dirinya Dirawat Di ICU – ‘Sepanjang Kenal, Susah Tunjuk Emosi’ first appeared on OHBULAN!.





