27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bukan Sebab Tampil Dalam GenKRU’ – Adam AF2 Sudah Lama Rancang Buat Konsert, Tak Sabar Hibur Peminat Januari 2026

    Shopee Sale

    Penyanyi, Adam Akademi Fantasia 2 (AF2) bakal mengadakan konsert solo pada Januari 2026 akan datang bagi mengubat rindu para peminatnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Terkini Adam AF2 Disamakan Dengan Zaman Muda – ‘He Is Back’

    Dah lama rancang buat konsert

    Menurut Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, idea untuk mengadakan konsert tidak tercetus selepas dirinya tampil membuat persembahan dalam konsert trio adik-beradik, KRU, iaitu ‘GenKRU’ pada Mei lalu.

    Sebaliknya, dia sudah mula merancang untuk mengadakan konsert yang dinamakan sebagai ‘Tukang Gempak Adam’ sejak 2023 namun terpaksa ditangguh atas beberapa kekangan.

    Walau bagaimanapun, Adam tidak menolak penampilan bersama KRU memberi impak besar yang kembali menaikkan semula semangatnya.

    Bukanlah selepas saya tampil dalam konsert GenKRU terus saya hendak buat konsert sendiri.

    Saya sebenarnya sudah merancang buat konsert pada 2023, tapi kerana ada kekangan bajet dan kita tahu buat konsert ini perlukan bajet besar.

    Jadi saya tukar kepada ‘showcase’. Ketika itu ada dalam 100 lebih peminat yang hadir. Kemudian saya merancang untuk buat konsert pada tahun ini, tetapi tarikh yang dipilih kebetulan sama dengan konsert idola saya, KRU.

    Hujung 2024 abang Norman KRU ada beritahu supaya jangan ambil mana-mana persembahan sebab mereka mahu ajak saya dalam konsert GenKRU. Disebabkan itu, saya tangguhkan konsert solo ini, jadi banyak kebetulan yang berlaku.

    Selepas dapat pengesahan yang betul, barulah saya putuskan buat Konsert Tukang Gempak Adam ini pada 24 Januari 2026.

    Adam berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media konsert tersebut yang diadakan di Shisha Town, Tamarind Square, Cyberjaya pada Khamis.

    Promosi percuma

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu ‘Haruskah’ mengakui kemunculannya dalam konsert KRU di Axiata Arena tempoh hari mencetuskan impak terhadap kerjaya seninya.

    MENARIK:  Tyra Kamaruzzaman Tekankan Kebebasan Memasak – ‘Kalau Nak Ikut Selera Awak, Masak Sendiri’

    Ujar Adam, penampilannya bersama trio adik-beradik itu boleh digunakan sebagai promosi percuma selepas menerima sambutan luar biasa daripada peminat yang ternanti aksinya di atas pentas.

    Bila saya muncul dalam konsert GenKRU itu saya anggap sebagai promosi percuma sebab ramai yang bersorak bila lihat saya buat persembahan.

    Jadi, saya fikir daripada 10,000 yang hadir ke konsert itu, mungkin ada juga 200 hingga 300 peminat yang akan datang ke konsert saya.

    Kemudian daripada itu saya cuba usaha untuk naikkan sikit kepada lebih 1,000 dengan memilih lokasi lebih besar, iaitu di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

    Insya-Allah, saya harap momentum itu berterusan kerana bagi saya konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga tanda penghargaan kepada peminat yang masih setia sejak zaman AF.

    Sekadar info, konsert ‘Tukang Gempak Adam’ bakal berlangsung di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur pada 24 Januari tahun depan.

    Menurut Adam, dia akan mengubat rindu para peminatnya dengan mempersembahkan rangkaian lagu daripada album pertama sejak 2005 termasuk beberapa karya baharu yang dihasilkannya sendiri.

    Tiket kategori VIP dengan 20 tempat duduk berharga RM1,000 setiap satu dilaporkan sudah habis terjual, sekali gus membuktikan sokongan padu peminat terhadap penyanyi itu.

    Namun begitu, anda masih berpeluang untuk membeli beberapa lagi kategori lain di laman web http://www.ticket2u.com.my. 

    The post ‘Bukan Sebab Tampil Dalam GenKRU’ – Adam AF2 Sudah Lama Rancang Buat Konsert, Tak Sabar Hibur Peminat Januari 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah