31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Yang Gagal Adalah Perkahwinan, Jangan Abaikan Kebajikan Anak’ – Yasmin Hani

    Shopee Sale

    Pelakon, Yasmin Hani memilih untuk mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha’arin Razali demi kesejahteraan dua anak mereka meskipun sudah lebih tahun berpisah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Cuba Masukkan Tangan Dalam Sut Renang Saya’ – Yasmin Hani Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan S*ksual

    Kasih sayang yang adil

    Yasmin, 46, berkata, tiada istilah bermasam muka antara mereka, malah kedua-duanya sepakat untuk terus bekerjasama dalam memastikan kebajikan cahaya mata mereka sentiasa terjaga.

    Saya ada dengar kisah pasangan yang bercerai sanggup menafikan hak anak-anak untuk menerima kasih sayang daripada ibu dan bapa.

    Itu berdosa. Yang gagal ialah perkahwinan, bukannya keluarga. Kalau ada perselisihan, biarlah ia berlaku antara bekas pasangan sahaja.

    Jangan sesekali abaikan kebajikan anak-anak. Jadikan mereka keutamaan dan berikan kasih sayang yang secukupnya.

    Yasmin berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem Pemuja yang berlangsung di TGV The Starling Mall, pada

    MENARIK:  Malaysia Siap Menerima Anugerah E-Sukan Pertama

    Dalam pada itu, Yasmin menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga.

    Jodoh itu ketentuan Allah. Saya juga tidak melalui trauma yang membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi.

    Jika ditakdirkan kembali bergelar isteri, saya berharap pasangan itu mampu menerima anak-anak saya sebagai sebahagian daripada hidupnya dan seorang yang mengutamakan keluarga.

    Tambah Yasmin, dia juga mengharapkan calon suami memiliki keperibadian yang baik serta kehidupan yang stabil.

    Bagi saya, lelaki itu perlu mudah bergaul, suka berbuat baik dengan semua orang, berbudi bahasa dan yang paling penting, hidupnya stabil.

    Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin sah berpisah pada Disember 2021 selepas sedekad mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

    The post ‘Yang Gagal Adalah Perkahwinan, Jangan Abaikan Kebajikan Anak’ – Yasmin Hani first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah