34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wawa Zainal Memilih Tidak Menggunakan Misya Mazlan Untuk Keperluan ‘Marketing’, Menawarkan Bantuan untuk Mendapatkan Lebih Banyak Peluang Kerja

    Shopee Sale



    wawa misya

    Usahawan terkenal dan pelakon Wawa Zainal menekankan dia sama sekali tidak menumpang kontroversi madu kepada anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.

    Tak guna untuk pemasaran

    misya wajah tudung wawa

    Ketika ditemui , Wawa berkata perjanjian untuk mengambil Misya Mazlan sebagai wajah koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves sudah lama dibuat.

    Kata Wawa, 32, tujuan utama dia memilih Misya hanya ingin membantu, bukan mahu mengambil kesempatan terhadap isu yang masih hangat diperkatakan di media sosial.

    Sebenarnya ia kebetulan.. kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama. Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!

    Dalam masa yang sama, kami memang nak bantu dia juga.. yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja.

    Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang diadakan di Doplohtiga Space, pada Selasa. Wawa turut melancarkan dua produk basic skincare iaitu Cleansing Oil dan Moisturizer.

    Setiap bulan memang ambil artis atau ‘influencer’

    wawa zainal

    Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan dia menginginkan Misya lebih menonjol supaya lebih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa akan datang.

    Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini.

    Sementara itu, suami kepada Wawa iaitu Aeril Zafrel turut menjawab soalan ‘mengambil orang yang teraniaya’ dalam produk mereka.

    Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu.

    Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami.

    Mengambil orang teraniaya, kami tak tahu dia dianiaya atau tidak. Mana tahu dia pun bahagia saja.

    Terdahulu, Wawa Zainal memilih isteri pertama Aslam sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Accuses Fathia Latiff of Renting a Male Companion in Japan in 'Missing My Boo' Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah