29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wany Hasrita Pelik Masih Terima Mesej Lucah Selepas Kahwin, Paling Teruk Dapat Hinaan Muka Macam B*bi

    Shopee Sale



    Penyanyi, Wany Hasrita, meluahkan rasa hairan kerana masih menerima mesej lucah daripada individu tidak dikenali meskipun sudah bergelar seorang isteri dan ibu.

    Saya memang geram

    Menerusi temu bual bersama , Wany berkata, dia tidak boleh mengawal netizen yang mahu menghantar kiriman mesej kepadanya di media sosial. Oleh sebab itu, dia bertindak menyekat akaun individu yang menghantar mesej negatif dan lucah kepadanya .

    Tambah Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, individu yang menghantar mesej sebegitu berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental.

    Kita tidak boleh kawal apa yang mereka mahu komen atau hantar melalui mesej. Apa yang saya buat ialah kawal perkongsian di media sosial. Secara jujur saya memang geram, tapi kita anggap sahaja mereka itu tidak sihat dari segi mental.

    Saya akan sekat akaun yang kongsi benda lucah. Sudah kahwin dan ada anak pun saya masih terima perkara sebegitu. Saya tengok juga bahagian aurat mana lagi yang saya tidak tutup.

    Kadang saya terfikir, menjadi selebriti kadangkala membuatkan mental saya tidak sihat berbanding mereka yang tidak menggunakan media sosial.

    Wany yang ditemui di Muzium Telekom, baru-baru ini, turut mengakui pernah menerima hinaan apabila wajahnya disamakan dengan haiwan.

    Saya pernah dipanggil b*bi. Bila saya tengok wajah di cermin, tiada pula persamaan saya dengan binatang itu. Hidung pun berbeza. Tapi itu perkara biasa memandangkan saya sudah menjadi tontonan umum.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Zul Ariffin Ada Aura Yang Menggerunkan, Dia Tak Buat Apa Pun.. Tapi Semua Akan Pandang’ – Aedy Ashraf

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah