32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Tergamak Bunuh dan Buang Bayi Dalam Sungai Akibat Tekanan Anak Tak Boleh Merangkak

    Shopee Sale



    Seorang wanita ditahan selepas dia tergamak membunuh dan membuang bayinya yang baru berusia sembilan bulan ke dalam Sungai Molong di Dudun Emang, Indonesia.

    Mengalami tekanan

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi laporan Tribun News, suspek yang berusia 21 tahun itu pernah mengalami tekanan apabila sering disuruh masak oleh ibunya.

    Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek kemudian keluar dari rumah menunggang motosikal bersama anaknya ke Sungai Molong.

    Bukan itu sahaja, suspek juga tertekan akibat sering diejek oleh jirannya kerana perkembangan anaknya yang lambat dan tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

    Saksi kejadian yang melihat suspek membuang anaknya ke dalam sungai segera menghubungi pihak polis.

    Mangsa ditemui mati dan terapung 40 meter dari tempat pembuangan sampah.

    MENARIK:  ‘Sejak Saya Berhijab, Ramai Pula Yang Mendekati’ – Nora Danish

    Berdasarkan hasil bedah siasat, terdapat kesan luka di bahagian kiri leher dan pergelangan tangan mangsa. Suspek disyaki mengelar leher dan tangan mangsa menggunakan pisau.

    Walau bagaimanapun, suspek masih menjalani pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sumbawa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah