28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ejen Ali The Movie 2 Bakal Gegar Pawagam Singapura Bermula Esok!

    Shopee Sale

    Selepas berhasil memecahkan rekod pencapaian filem pertamanya, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bakal memulakan tayangan rasminya di pawagam seluruh Singapura bermula 5 Jun ini bersempena cuti sekolah di republik itu.

    Artikel Berkaitan: Teman Sejati Nidji: Lagu Tema Yang Menyatukan Hati Ejen Ali The Movie 2

    Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Pecah Panggung! Raih Kutipan RM15.3 Juta Selepas Empat Hari Tayangan

    Di pawagam bermula esok

    Dalam tempoh 11 hari tayangan di Malaysia dan Brunei, EATM2 berjaya mencatat rekod memberansangkan apabila mengutip melebihi RM34.2 juta.

    Tidak dinafikan, musim cuti sekolah menyaksikan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pawagam selain barangan rasmi Ejen Ali menjadi rebutan peminat.

    Pelbagai pengkiritik dan peminat mengakui filem EATM2 ini memiliki visual hebat, bunyi yang mantap dan animasi berkualiti tinggi sekaligus menjadikannya antara karya animasi tempatan yang mendapat pengiktirafan tinggi.

    MENARIK:  Ayu Raudhah Akui Trauma Kes Pembantu Rumah Lari, Syukur Suami Bawa Keluar Anak-Anak Semasa Kejadian

    Peminat di Singapura boleh bersedia menyerbu pawagam untuk menyaksikan filem tersebut pada esok.

    Antara lapan pawagam yang terlibat adalah Golden Village Bedok, Golden Village Tampines, Golden Village Yishun, Golden Village Plaza, Cathay Causeway Point, Cathay Downtown East, Cathay Century Square dan Cathay Clementi 321.

    Sejak 22 Mei lalu, EATM2 yang dihasilkan oleh WAU Animation dan Primeworks Studios telah ditayangkan lebih 161 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei

    Filem itu turut dipasarkan serta diedarkan oleh Primeworks Studios dan Clover Films, dengan sokongan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Komet Productions.

    The post Ejen Ali The Movie 2 Bakal Gegar Pawagam Singapura Bermula Esok! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah