26.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cinta Tak Kenal Usia! Pempengaruh Bertunang Dengan Lelaki 75 Tahun

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Rani Rajput mencuri perhatian selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki, Ram berusia 75 tahun di daerah Auraiya, Uttar Pradesh, India.

    Artikel Berkaitan: Perkahwinan Artis Kini Bukan Lagi Sekadar Majlis Peribadi? Dari Pelamin Ke Jutaan Tontonan

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Jatuh Hina Pun Kahwini Wanita Berstatus Janda’ – Fazley Yaakob

    Bermula dari video

    Menerusi satu hantaran di Facebook, Ram Sagar mula mengenali Reena menerusi anak perempuannya, Radha, ketika pempengaruh itu kerap berkunjung ke rumah untuk menghasilkan kandungan media sosial.

    Pertemuan yang pada awalnya sekadar urusan menghasilkan video itu akhirnya membuatkan mereka semakin rapat sebelum menjalinkan hubungan cinta.

    MENARIK:  Faisal Halim, Isteri Sah Bercerai Talak Dua Selepas Enam Tahun Berkahwin

    Reena menjelaskan bahawa dia tidak menganggap perbezaan usia 45 tahun sebagai penghalang untuk meneruskan hubungan tersebut.

    Malah, dia menyatakan dirinya gembira dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Ram.

    Dalam pada itu, Radha memaklumkan bahawa keluarganya menerima hubungan berkenaan dan kini sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan pasangan itu.

    Pasangan tersebut difahamkan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas perayaan Navratri, namun tarikh sebenar masih belum ditetapkan.

    Sumber: Facebook

    The post Cinta Tak Kenal Usia! Pempengaruh Bertunang Dengan Lelaki 75 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah