Pelakon, Beego menafikan dakwaan kononnya dia berkunjung ke kelab malam seperti didakwa dalam video yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Melecur Terkena Air Panas, Anak Linda Hashim Masuk Hospital – ‘Doakan Kesembuhan Untuk Anggun Cassandra’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?’ – Anak Tegur Beego ‘Upload’ Video Lama
Tak pergi kelab malam

Beego atau nama sebenar Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendakwa video tersebut adalah rakaman dia menghadiri sebuah majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke eksklusif atas undangan kenalan.
Saya memang dah lama tak pergi kelab malam. Video yang tersebar itu sebenarnya majlis hari jadi di pusat karaoke mewah, bukan kelab malam. Saya pun bukan budak-budak lagi nak ke tempat sebegitu.
Kalau betul saya pergi kelab malam, tunjukkan bukti. Jangan sebarkan video lama semata-mata nak rosakkan nama orang.
Beego berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas lanjut, Beego menolak dakwaan isterinya, aktres Linda Hashim, terlibat dalam penyebaran video berkenaan. Sebaliknya, percaya dilakukan oleh individu di sekeliling isterinya yang sengaja mahu menimbulkan salah faham.
Saya yakin Linda tak ada kaitan dengan penyebaran itu. Tapi mungkin ada orang di sekelilingnya yang jadi ‘mata-mata’.
Saya tak peduli pun. Dalam dunia ini ada syaitan yang tak nampak dengan mata kasar, tapi ada juga yang nyata. Orang yang suka rosakkan rumah tangga orang lain.
Dalam masa sama, Beego turut menolak dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya berpura-pura menyertai kumpulan tabligh bagi menutup isu yang sedang hangat diperkatakan.
Saya pergi tabligh bukan sebab nak tunjuk baik atau kaburi mata orang. Saya pergi sebab nak cari diri sendiri, nak tebus dosa dan dekatkan diri dengan Allah.
Saya tak minta pun gambar saya disebarkan, tapi bila orang lain kongsi itu di luar kawalan saya.
Terdahulu, tular dakwaan mengenai seorang pelakon lelaki yang dikatakan kerap dilihat berhibur di kelab malam, selain sedang berdepan kemelut rumah tangga bersama isterinya.
Dalam perkembangan lain, kes perceraian Beego dan Linda masih berlanjutan hingga hari ini dan prosiding seterusnya akan berlangsung pada 16 Disember depan.
The post ‘Kalau Saya Pergi Kelab Malam, Tunjuk Bukti’ – Beego first appeared on OHBULAN!.





