26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noryn Aziz Terkilan Pihak Tak Bertanggungjawab Reka Kisah Peribadi Di YouTube – ‘Cerita Itu Salah, Jangan Menipu Orang’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Noryn Aziz baru-baru ini dikejutkan dengan sebuah video di laman YouTube yang menceritakan tentang kisah hidupnya. Namun, segala yang dikongsikan adalah tidak benar.

    Artikel Berkaitan: Suara Menjadi Serak & Hampir Hilang, Noryn Aziz Terpaksa Ambil Steroid

    Artikel Berkaitan: Majlis Diadakan ‘Last Minute’, Noryn Aziz Selamat Nikah Ahli Perniagaan

    Berita palsu

    Ketika ditemui , Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz, 50, memberitahu bahawa dia yang jarang berkongsi tentang hal peribadi kepada umum.

    Namun, perkara itu telah menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan sengaja memuat naik tentang fakta salah mengenai dirinya demi konten dan perhatian di media sosial.

    Saya tidak terlalu mendedahkan tentang hal peribadi.

    Tetapi apa yang menakutkan saya adalah, jika saya tidak kongsikan (hal peribadi), nanti akan ada pula orang yang mereka-reka pasal kisah saya.

    Baru-baru ini saya tengok di YouTube, ada satu video yang menceritakan tentang kisah lama saya dan durasinya dalam 20 minit.

    Cerita itu semua salah! Dia kata saya dulu pernah mengandung dan keguguran. Bila masa pula saya keguguran?

    Noryn kemudian mengakui, berdiam diri juga boleh membuka ruang kepada pelbagai spekulasi dan fitnah.

    Sedar akan perkara tersebut, Noryn kini lebih bersifat terbuka namun berkongsi sekadar yang perlu sahaja.

    Itulah kesannya kalau kita tidak bercerita dari mulut sendiri.

    Selepas ini saya mungkin akan lebih terbuka tetapi tidak boleh terlalu berlebihan terutama mengenai kisah lalu saya.

    Sekarang ini saya banyak berkongsi tentang anak lelaki saya kalau hendak dibandingkan dengan dahulu. Namun, saya tetap fokus untuk kongsikan pasal kerjaya.

    Noryn berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya dan showcase This Is Noryn Aziz yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  ‘Baby Belum Move On Ke? Saya Tak Pernah Minta Dibayar’ – Jefri Nichol Perjelas Dakwaan Guna Kad Kredit Ameera Khan?

    Tindakan Noryn

    View this post on Instagram

    A post shared by NorynAzizOfficial (@norynaziz)

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Kertas itu telah bertindak meminta pihak berkenaan untuk memadam video tersebut.

    Bagaimanapun, usahanya masih belum membuahkan hasil berikutan tiada sebarang maklum balas dari pihak terbabit.

    Saya sudah suruh mereka padam dan sekat video itu.

    Tapi tak ada respon dari mereka. 

    Untuk sekarang saya beri masa kepada mereka kerana saya sendiri pun tidak tahu siapa yang buat video tersebut.

    Justeru, bekas juara Gegar Vaganza musim kelima itu menitipkan nasihat supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyentuh hal peribadi seseorang dan perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat.

    Jangan menipu orang, jangan mereka-reka atau mencipta sesuatu yang salah. Kalau nak tahu lebih baik bertanya kepada saya.

    Orang akan ingat kisah itu benar sedangkan ia salah. 

    Saya rasa terkilan sebab saya tak suka orang yang menipu.

    The post Noryn Aziz Terkilan Pihak Tak Bertanggungjawab Reka Kisah Peribadi Di YouTube – ‘Cerita Itu Salah, Jangan Menipu Orang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah