Majlis pertunangan merupakan antara momen istimewa bagi setiap pasangan yang ingin mengikat perhubungan mereka lebih serius, namun kadang kala tercetusnya konflik ketika melaksanakan persiapan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Faham Agama & Bertanggungjawab’ – Fazura Serah Soal Jodoh Pada Tuhan
Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Akaun IG Anak Digantung Dua Kali Dalam Seminggu – ‘Semoga Dikembalikan, Buat Kenangan Fatima & Kita Bersama’
Sediakan homestay

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita meminta pandangan orang ramai tentang penyediaan tempat penginapan untuk pihak lelaki.
Menurut wanita tersebut, teman lelakinya meminta dia untuk membayar kos penginapan keluarga di inap desa semasa hari pertunangan mereka nanti.
Kalau bertunang pihak perempuan ke kena sediakan homestay untuk pihak lelaki?
Teman lelaki saya minta bayarkan homestay untuk family dia datang tunang nanti.
Menjengah ke ruangan komen, pelakon jelita Fazura dilihat membalas ringkas hantaran wanita tersebut dengan memintanya untuk ‘lari’ daripada lelaki berkenaan.
Run for your life!
Komen netizen

Sementara itu, warganet memberi pelbagai pandangan terhadap persoalan wanita tersebut. Antaranya, ada yang berpendapat pihak wanita perlu meraikan rombongan lelaki sebagai tetamu.
Dalam masa sama, terdapat segelintir warganet yang menyifatkan tindakan meminta pihak wanita membayar penginapan untuk rombongan lelaki adalah tidak wajar.
Sumber: Threads
The post Wanita Dedah Teman Lelaki Minta Bayar Homestay Untuk Keluarga Hadir Majlis Tunang, Komen Fazura Curi Perhatian – ‘Run For Your Life!’ first appeared on OHBULAN!.





