26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Dalam Haid Dibenar Datang Ke Masjid Pada Pagi Raya – ‘Duduk Luar Masjid, Dapatkan Keberkatan Takbir & Khutbah’, UAI Terangkan

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan terhadap soalan yang diajukan oleh jemaahnya yang bertanyakan adakah boleh untuk wanita yang sedang dalam haid untuk datang ke masjid semasa solat hari raya.

    Wanita dituntut hadir walau dalam haid

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi video tular di TikTok, Ustaz Azhar yang lebih mesra disapa UAI menjelaskan golongan wanita sangatlah dituntut untuk hadir ke masjid sewaktu solat hari raya meskipun berada dalam keadaan berhadas besar.

    Kata ulamak, solat hari raya mempunyai kelebihan buat kaum wanita berbanding solat lima waktu dan solat Jumaat.

    Kalau solat jumaat, orang perempuan tak disuruh atau digalakkan pun untuk datang ke masjid tapi solat hari raya mereka digalakkan hadir ke masjid dan hukum untuk mereka sunat raya adalah sunat.

    Itu yang hebatnya solat hari raya ini, sampaikan orang perempuan yang dalam haid pun disuruh untuk pergi juga.

    Ada beberapa hadis antaranya hadis riwayat daripada Ummu ‘Athiah R.A, dia ceritakan bahawa, ‘Kami di zaman Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk pergi sembahyang raya’.

    ‘Begitu juga anak-anak perempuan dan mereka yang berada dalam keadaan haid untuk ke masjid sewaktu solat hari raya’.

    Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya adakah boleh sekiranya orang perempuan dalam haid untuk datang ke masjid memandangkan haram bagi mereka yang berhadas besar berbuat demikian.

    Jelas UAI, mereka yang berada dalam keadaan haid datanglah dan duduk di luar kawasan masjid untuk mendapatkan keberkatan solat hari raya.

    Ada beberapa hadis antaranya hadis riwayat daripada Ummu ‘Athiah R.A, dia ceritakan bahawa, ‘Kami di zaman Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk pergi sembahyang raya’.

    ‘Begitu juga anak-anak peremuan dan mereka yang berada dalam keadaan haid untuk ke masjid sewaktu solat hari raya’.

    Tapi timbul pula persoalan orang ramai macam mana orang perempuan dalam haid nak solat, kan haram hukumnya?

    Okay dengar baik-baik, maksudnya disini ialah orang perempuan yang dalam haid keluarlah ke tempat orang menunaikan solat hari raya tanpa masuk ke dalam masjid.

    Duduk sahaja di luar masjid untuk dapat keberkatan takbir, solat dan khutbah solat hari raya.

    Video

    MENARIK:  [VIDEO] Haqiem Rusli Dipuji Beri Makanan Pada Kucing Jalanan, Cadangkan Netizen Simpan Stok Dalam Kereta
    " data-video-id="7249512189311110401">
    @mcniza8 Perempuan haid dan nifas digalakkan ke masjid semasa solat hari raya untuk mendapatkan keberkatan. #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #solatraya #haid #nifas #fyp? #CapCut ? original sound – McNiza

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah