Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat Ikhsan tampil memberi solusi susulan situasi yang dihadapi seorang isteri apabila diuji memiliki pasangan mengamalkan hubungan songsang dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Mohon Maaf – ‘Tiada Niat Lain, Melainkan Mahu Wanita Muslimah Dibenarkan Berjihad’
Artikel Berkaitan: ‘Niat PU Rahmat Baik, Cuma Pilihan Ayat Tidak Sesuai’ – Mufti Perlis Perjelas Hukum Wanita Sertai Perang
Pasangan songsang
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang wanita meluahkan isi hati apabila mendakwa suaminya mempunyai kecenderungan terhadap hubungan sejenis.
Apa perasan anda semua kalau tahu suami suka lelaki? Bertahan sebab anak? atau percaya dia akan berubah?
Saya ada nampak dia berubah, solat pun ajak berjemaah. Saya jadi tak mahu cerai tapi dah dua kali suci sebab tak di sentuh.
Bagaimanapun, ciapan itu menarik perhatian PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, yang berkongsi pandangan mengenai usaha yang boleh dilakukan oleh seorang isteri bagi menangani situasi tersebut.
Menurut PU Rahmat, perubahan tidak akan berlaku dalam tempoh yang singkat namun terdapat dua pendekatan yang boleh dilakukan bagi individu yang menghadapi ujian tersebut.
Ketagihan seks songsang ini tak boleh diubah macam magik.
Prosesnya panjang tapi tak mustahil. Suami perlu diasingkan atau dijauhkan daripada pasangan songsangnya.
Jika masih sayang, dapatkan rawatan untuk suami dan jadi sistem sokongannya.
Jika sudah jijik, maka tinggalkan saja. Perkara itu dibenarkan dalam agama.
Dua-dua pilihan adalah baik, bergantung pada hal yang anda lebih mengetahui.
Sumber: Threads @rahmat.ikhsan.official
The post PU Rahmat Kongsi Dua Pilihan Tangani Isu Suami Songsang – ‘Ketagihan Ini Tak Boleh Diubah Macam Magik’ first appeared on OHBULAN!.





