28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raf Yaakob Terbuka Beri Pasangan ‘Password’ & Akses Media Sosial – ‘Tiada Apa Nak Sorok, Itu Cara Saya Bina Kepercayaan’

    Shopee Sale

    Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya tentang kejujuran dalam sesebuah hubungan.

    Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Kurang Senang Lihat Kisah Suami Isteri Dijaja Di Media Sosial – ‘Simpan Dalam Hati, Diam & Sabar’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raf Yaakob Makan Kurma ‘Butter’ Dicampur Coklat, Netizen Sakit Mata Tengok – ‘Kurma Makanan Sihat, Jangan Buat Macam Ni’

    Kejujuran, asas utama kepercayaan

    Menerusi hantaran di Threads, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, dalam sesebuah hubungan atau perkahwinan, kejujuran adalah asas utama dalam membina kepercayaan.

    Dalam hubungan perkahwinan, awak boleh akses telefon bimbit saya 24 jam, awak tahu kata laluan, boleh semak WhatsApp dan tengok mesej DM Instagram saya dan sebagainya.

    Saya tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan.

    Macam itu lah cara saya bina kepercayaan.

    Tidak pernah menyimpang perkara tidak bermoral

    Dalam hantaran sama, Raf berharap agar pasangannya tidak perlu syak wasangka apabila dirinya sibuk kerana sikap terbukanya itu sudah membuktikan dia seorang yang jujur dalam semua hal, termasuk urusan kerja.

    Jadi bila saya cakap, saya sibuk bekerja mencari nafkah, tolong faham.

    Memang saya sibuk dan tidak pernah menyimpang dengan perkara yang tidak bermoral.

    Untuk rekod, Raf Yaakob pernah mendirikan rumah tangga bersama Mawar Rashid pada 9 November 2017. Namun, pasangan ini berpisah pada November 2023.

    MENARIK:  ‘Jika Tak Suka Posting IG Saya Abaikan, Pergi Dengar Ceramah Ustazah’ – Fathia Latiff Penat Layan Netizen

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.

    Hasil perkahwinan pertama Raf bersama bekas isteri, Maria Suleiman, pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

    Sumber: Threads

    The post Raf Yaakob Terbuka Beri Pasangan ‘Password’ & Akses Media Sosial – ‘Tiada Apa Nak Sorok, Itu Cara Saya Bina Kepercayaan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah