Pelakon, Meerqeen mengakui terpaksa melanggar prinsipnya untuk tidak berlakon dalam karya seram sehingga adiknya berusia 10 tahun apabila menerima tawaran membintangi drama terbaharunya, Dia Perempuan Sialan.
Artikel Berkaitan: Alicia Amin Pertahan Meerqeen, Bengang Netizen Pertikai Peratus Lemak Badan – ‘Dia Dah Buat Yang Terbaik, Muscles Tu Legit Okay’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Nafi Sedang ‘Prep’ Ke Hollywood – ‘Itu Hanya Gurauan Dengan Kawan’
Prinsip

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata berkata dia hanya menyedari drama tersebut bergenre seram selepas sesi bacaan skrip.
Saya dah letakkan prinsip untuk tidak melakukan genre seram sehingga adik saya berusia 10 tahun.
Adik saya baru lima tahun. Saya baru tahu yang saya akan melakukan genre seram ketika pembacaan skrip bersama pelakon.
Saya tidak mahu apa-apa berlaku kepada adik saya.
Bagaimanapun, Meerqeen tetap menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan membawa watak tersebut sebaik mungkin.
Bagi saya, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Nak atau tidak, saya jalankan dengan penuh ikhlas.
Ketika ditanya mengenai caranya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini selepas penggambaran, Meerqeen berkata dia banyak mengambil langkah berjaga-jaga.
Babak yang berlakon di Pulau Carey itu ada yang terpaksa bermalam di sana dan ada yang berlarutan sampai pagi.
Saya ada adik kecil, jadi saya kena bersihkan diri saya sebelum masuk rumah.
Dalam pada itu, Meerqeen turut mengakui dirinya seorang penakut serta mengambil pendekatan untuk tidak menonton sebarang karya bergenre seram.
Saya paling penakut sekali. Sudah tentu watak ini sangat mencabar bagi saya tetapi bukan drama saja, semuanya adalah cabaran untuk saya.
Saya rasa orang lebih bahaya secara fizikalnya tetapi secara nurani hantu lebih bahaya.
Saya cakap macam itu sebab saya tidak pernah ada pengalaman nampak hantu tapi pernah berdepan dengan orang.
Selain daripada Meerqeen, turut membintangi drama arahan Erma Fatima ialah Hannah Delisha, Caitlin Halderman dan pelakon lain.
Drama itu akan disiarkan pada September depan menerusi platform Viu.
The post [VIDEO] Meerqeen Akui Penakut, Ketepikan Prinsip Enggan Berlakon Drama Seram Demi Adik first appeared on OHBULAN!.





