Penyanyi dan komposer, Shila Amzah tampil memohon maaf kepada peminat dua kumpulan K-pop terkenal dari Korea Selatan, BTS dan EXO berhubung satu kenyataanya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: “Saya Nak Peluk Shila Amzah Yang Berusia 26 Tahun”… Sedekad Kemudian, Dia Akhirnya Temui Bahagia
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bakal Tanda Tangan Kontrak Di Sana’ – Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Depan
Tiada niat cetus pertelingkahan

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata, dia tidak berniat untuk mengguriskan hati mana-mana pihak, khususnya peminat dua kumpulan tersebut.
Saya benar-benar minta maaf kerana telah mengguriskan hati sesiapa sahaja. Perkara ini bukanlah sesuatu yang saya mahu jadikan pertelingkahan.
Saya ikhlas memohon maaf dan berjanji mulai hari ini, saya tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau bercakap mengenai kumpulan yang anda minat.
Maaf kerana saya tidak lebih peka dengan keadaan dan maaf kerana tidak menjadi seorang yang lebih memahami. Sekali lagi, saya benar-benar memohon maaf.
Terdahulu, Shila memuat naik satu hantaran di media sosial yang memuji kemampuan vokal anggota BTS iaitu Jung Kook, namun turut menyebut mengenai kehebatan kumpulan EXO.
Suara JK ini memang sedap ya, susah nak cari idol yang serba boleh macam dia. Tapi dulu ada EXO, maaf cakap, penyanyi utama, rap, tarian semua mantap. Mantain sampai sekarang.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang berpendapat Shila tidak sepatutnya membuat perbandingan antara kumpulan memandangkan masing-masing memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri.
Sumber: Threads
The post Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat BTS & EXO first appeared on OHBULAN!.





