34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Dakwa Ditumbuk & Diliwat Rakan Lelaki Gara-Gara Berang Anak Umur 10 Bulan Menangis

    Shopee Sale

    Seorang wanita mendakwa rakan lelakinya bertindak menumbuk dan melakukan hubungan seks luar tabii (diliwat) dalam dua kejadian berasingan di bilik sewanya.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Dakwa Dil*wat Darah Daging Sendiri Sejak Kecil – ‘Dia Paksa Aku Lakukan Perkara Jijik’

    Artikel Berkaitan: Diumpan Cari Kerja, Remaja Lelaki Dikurung 10 Hari & Diliwat Berkali-Kali

    Dipukul & diliwat

    Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah kondominium di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur pada minggu lalu.

    Menurut Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, berkata, pihanya telah menerima laporan daripada wanita berkenaan pada Jumaat lalu, kira-kira jam 2.33 petang.

    Basri memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada Rabu jam 11 malam iaitu ketika mangsa bersama anaknya yang berusia 10 bulan berada di bilik sewa tersebut.

    Anak mangsa berumur 10 bulan menangis sehingga menyebabkan suspek berang dan menumbuk muka mangsa sehingga bengkak.

    Kira-kira jam 11 pagi keesokannya, suspek didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks luar tabii.

    Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian muka sebelah kiri, belakang leher dan bahagian dubur.

    Bukan itu sahaja, Sabri mendedahkan mangsa juga telah diugut dengan kata-kata ‘jangan beritahu sesiapa, nanti kau tahu la nasib kau, aku boleh buat apa-apa sahaja’.

    Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek sejak Januari lalu melalui kenalan dan hubungan mereka hanya pada peringkat berkenalan tanpa ikatan perkahwinan.

    Suspek juga beberapa kali menumpang di bilik sewa mangsa sebelum kejadian berlaku.

    Susulan itu, sebelum membuat laporan polis, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

    Bagaimanapun, laporan perubatan mendapati tiada kesan kemasukan seperti didakwa mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek diteruskan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta ugutan jenayah.

    MENARIK:  Noh Salleh Bantah Dakwaan Penculikan Anak Angkat, Berharap Untuk Berdamai Dengan Mizz Nina

    Bagi mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azwani Londing di talian 016-9882594 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Sumber: Berita Harian

    The post Wanita Dakwa Ditumbuk & Diliwat Rakan Lelaki Gara-Gara Berang Anak Umur 10 Bulan Menangis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah