Wakaf Media merupakan sebuah dana bagi membantu penyebaran ilmu serta pembangunan kandungan Islamik yang dirasmikan oleh TV AlHijrah.
Artikel Berkaitan: ‘Ramadan: Merindui Taubat Hamba-Nya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan’
Artikel Berkaitan: Mawi & In-Team Gegar Kota Tinggi! Karnival Hijrah 2025 Janji Tiga Hari Penuh Ilmu, Hiburan & Ukhuwah
Wakaf media

Melalui Wakaf Media, dana akan dimanfaatkan untuk menerbitkan lebih banyak kandungan ilmiah Islamik, membangunkan fasiliti media penyiaran, serta dilaburkan secara mematuhi syariah bagi memastikan manfaat wakaf yang berterusan.
Dengan kumpulan dana ini, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berharap agar media Islam dapat menyediakan lebih banyak kandungan yang memberi kebaikan kepada penonton.
Selain itu, dana Wakaf Media ini juga bakal dimulakan dengan penerbitan dua program utama iaitu Quran @114 dan Hadis@114.
Wakaf Media ini diwujudkan dalam memberi peluang kepada umat dalam menikmati program-program dakwah yang akan disediakan media Islam sendiri.
Sebagai langkah permulaan, sebahagian dana Wakaf Media akan menyokong penerbitan dua program utama iaitu Quran@114 dan Hadis@114.
Kedua-dua program ini bertujuan memperkenalkan keseluruhan 114 surah al-Quran dan 114 hadis terpilih secara sistematik, berperingkat dan mudah difahami oleh semua lapisan Masyarakat.
Majlis pelancaran ini berlangsung di Hotel Everly Putrajaya semalam yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Yayasan Wakaf Malaysia berperanan sebagai Pengurus Dana Wakaf bagi memastikan pengurusan dana dilaksanakan secara telus, patuh syariah, dan selaras dengan kerangka wakaf negara serta penyelarasan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai Pemegang Amanah Tunggal wakaf.
The post Wakaf Media Beri Peluang Kepada Umat Untuk Nikmati Program-Program Dakwah Yang Disediakan Media Islam first appeared on OHBULAN!.





