28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Yusry Abdul Halim Menitis Air Mata Dengar Ucapan Lisa Surihani – ‘Sebagai Isteri, Saya Tumpang Gembira…’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan daripada isterinya, Datin Lisa Surihani atas kejayaannya dalam membawa watak ‘Datuk Muzzaffar’ sehingga tular di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Bangga Lakonan Yusry Abdul Halim Diterima Peminat, Balas Luahan Rindu Suami – ‘Sayang Dia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Muzzaffar ‘Trending’ Tapi Yusry Abdul Halim Luah Rasa Sunyi Tanpa Lisa – ‘Tiada Siapa Di Sisi Untuk Berkongsi Pun Agak Perit’

    Menangis

    View on Threads

    Perkara itu dikongsi oleh salah seorang pengguna Threads yang berkongsi rakaman video memaparkan Lisa menyampaikan ucapan khas buat suaminya ketika sesi temu bual bersama sebuah stesen radio hiburan.

    Menurut Lisa, Yusry berjaya membawakan watak tersebut walaupun sudah lama tidak berlakon di kaca televisyen.

    Awak buat dengan sangat baik, Masya-Allah. Doa saya untuk awak, semoga Allah pelihara setiap langkah awak pergi dan balik mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dalam apa juga yang awak lakukan dan semoga Allah makbulkan setiap doa awak.

    Sebagai isteri, saya tumpang gembira dan bangga dengan awak.

    Semoga kejayaan daripada drama ini membuka pintu rezeki yang baik-baik dan halal untuk kita sekeluarga.

    Kata Lisa lagi, walaupun dia berjauhan dengan suaminya namun hubungan mereka tetap erat kerana mereka berhubung setiap hari.

    Kami sebenarnya bercakap setiap hari walaupun berjauhan. Kami berdua selalu berkata sesama sendiri kami sangat bersyukur.

    Alhamdulillah.

    Sebelum ini, Yusry memuat naik foto Lisa meluahkan rasa rindu terhadap isterinya kini sedang menunaikan ibadah haji.

    MENARIK:  Video: Hannah Delisha Berkongsi Pengalaman Trauma Selepas Mengalami 'Missed Miscarriage', Mendapati Kehilangan Kandungan Setelah Sebulan Janin Meninggal

    Terdahulu, Yusry mengakui berasa sedikit ralat kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan kejayaan drama terbaharunya itu bersama Lisa.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Yusry Abdul Halim Menitis Air Mata Dengar Ucapan Lisa Surihani – ‘Sebagai Isteri, Saya Tumpang Gembira…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah