Usahawan dan personaliti media sosial, View Chin membuat kejutan untuk isteri tercinta, Amirah Aqilah dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amirah Aqilah Seloroh Kahwin Sebab Kaya, View Chin Setuju – ‘Itu Kelebihan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Amirah Aqilah Buat Ramai Prihatin, Netizen Titip Doa – ‘Istiqamah Itu Susah, Semoga Kuat Iman’
Hadiahkan kereta
Menerusi perkongsian di TikTok, View Chin mengajak Amirah ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli hadiah kepada anak-anaknya.
Ketika menikmati makanan di sebuah restoran, View Chin memberitahu tentang kejutan tersebut sebelum menyerahkan kunci kereta kepada Amirah.
Disebabkan awak belanja saya makan, saya pun nak belanja awak sesuatu.
Tutup mata dan keluarkan tangan.
Okay kita main satu game, awak pegang kunci ini dan cari kereta. Kalau jumpa, kereta itu untuk awak.
Tidak lama kemudian, mereka ke tempat meletak kenderaan untuk Amirah mencari kereta tersebut.
Amirah kemudian mendekati sebuah kereta jenis Porsche Taycan berwarna putih selepas lampu kenderaan tersebut menyala.
Boleh buka!
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Amirah sebagai isteri yang bertuah kerana memiliki seorang suami yang suka berkongsi rezeki.
Sumber: TikTok View Chin
The post [VIDEO] View Chin Buat Kejutan Istimewa, Hadiahkan Kereta Porsche Taycan Untuk Amirah Aqilah first appeared on OHBULAN!.





