34.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’ Viral Kembali, Janna Nick Memberi Tanggapan – ‘Mereka Menghadapi Ujian & Kami Tidak Mahu Melucukan Isu Ini’

    Shopee Sale



    janna

    Berikutan kontroversi antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz, tular semula video Janna Nick mengusik aktres itu semasa mengacarakan program Family Duo 3 yang bersiaran pada tahun lalu.

    Isu semasa

    janna

    Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menjelaskan bahawa ketika mengacarakan program tersebut dia tiada sebarang niat untuk memerli Ruhainies malah ianya hanyalah sekadar gurauan.

    Video tu video lama, apa yang ulaskan itu tak ada niat untuk menyindir atau nak ‘tumpahkan tea’ pun tidak.

    Sebenarnya, ia hanya gurauan dan mengikut isu-isu semasa ketika itu.

    Aktres berusia 29 tahun itu berkata, gurauan tersebut sama sekali bukan untuk menyindir Ruhainies kerana di antara mereka sudah pun tiada sebarang persengketaan.

    Saya dengan Ruhainies ketika itu telah pun berdamai, tidak ada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa pula saya nak menyindir dia dengan perkara-perkara yang tidak baik.

    Mungkin perkara itu terkena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik.

    Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Elfira Loy Selar Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah – ‘Boleh Mengundang Fitnah’

    Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal tersebut juga menzahirkan rasa simpati terhadap rakan-rakan artis yang terbabit dengan kontroversi berkenaan.

    Kalau boleh jangan palitkan saya dengan isu in sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak.

    Sebab saya anggap ini semua adalah ujian untuk mereka dan kita tak nak jadikan ia sebagai bahan jenaka. Saya takut ujian itu akan berbalik kepada kita.

    Terdahulu, video yang memaparkan Janna sedang mengusik Ruhainies sebagai penyondol tular susulan ramai warganet mendakwa Janna telah mengetahui tentang isu curang tersebut lebih awal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah