30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    11 lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak di Perak

    Shopee Sale

    Sebelas individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas diserang sekumpulan orang di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh pada Selasa lalu.

    Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun didatangi sekumpulan lima lelaki yang menaiki dua kereta sebelum semua suspek mengejar dan menyerang mangsa.

    Katanya mangsa cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Kinta namun ditetak menggunakan parang oleh seorang daripada suspek, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan, kaki dan belakang badan.

    Mohd Alwi berkata mangsa kemudiannya dibantu oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    MENARIK:  PAS tetap usaha tarik sokongan pemimpin Umno bukan Zahid

    "Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dendam dan tidak puas hati oleh kumpulan jenayah terancang terhadap mangsa.

    “Pihak polis memandang serius kejadian ini dan telah membuat tangkapan terhadap 11 lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

    "Semua yang ditangkap berumur antara 22 hingga 41 tahun dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah serta jenayah kekerasan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Mohd Alwi berkata suspek telah direman bagi membantu siasatan berkait kes serangan itu serta penglibatan mereka dalam kumpulan jenayah terancang.

    Katanya siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah