33.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Islam boleh jadi menteri kerja raya, hutan dalam k’jaan PAS

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan konsep pemerintahan yang akan dipraktikkan parti itu jika mereka menjadi kerajaan selepas ini.

    Katanya, dalam sistem “pemerintahan Islam” yang ditawarkan PAS, tiada mana-mana pihak yang akan dipinggirkan termasuk golongan bukan Islam kerana mereka juga akan diberikan jawatan dalam kabinet.

    Menurut Ahli Parlimen Marang itu, jawatan yang akan diamanahkan kepada golongan terbabit bagaimanapun tidak melibatkan kementerian yang mempunyai kuasa membuat dasar ke atas orang Islam.

    Bagi kementerian yang lain, tambah Abdul Hadi, ia mesti diketuai oleh orang Islam.

    "Nak lantik (orang bukan Islam menjadi) menteri kerja raya boleh, menteri perhutanan boleh, (tetapi) menteri hal ehwal Islam tak boleh.

    “Mesti kena orang Islam, pelaksanaan syariat kena orang Islam," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, hari ini.

    PAS melabuhkan tirai perhimpunan tahunan mereka selepas bermula di ibu negeri Kelantan itu sejak Rabu lalu.

    MENARIK:  Polis digesa siasat skim pelaburan mesin layan diri

    Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas mengenai kaedah pengisian kemenangan yang akan dilakukan PAS sekiranya parti tersebut diberi mandat mentadbir negara.

    Abdul Hadi berkata, selama ini memang PAS meletakkan syarat bahawa seseorang calon parti berkenaan mesti mendapat kelulusan daripada majlis syura ulama mereka sebelum dibenarkan bertanding.

    Langkah itu, katanya, adalah antara syarat penting bagi PAS agar setiap calon parti berkenaan mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah.

    Pun begitu, tambah Abdul Hadi, syarat berkenaan tidak terpakai untuk calon PAS dalam kalangan orang bukan Islam.

    "Calon-calon kita diluluskan majlis syura ulama.

    “Kalau tahu orang (berkenaan) tak sembahyang, tak layak jadi calon.

    “Ini syaratnya, penting orang ada hubungan dengan Allah (untuk menjadi calon PAS), kecuali calon bukan Islam," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah