31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Usahawan Jersi Kotakan Janji Berikan Achey Kereta Ford Ranger Sebagai Hadiah – ‘Dia Membantu Saya Ketika Akaun Saya Dibanned’

    Shopee Sale



    Achey Faris Azri

    Usahawan pakaian yang dikenali sebagai Faris Azri mengotakan janjinya untuk menghadiahkan sebuah kereta jenis Ford Ranger kepada pelawak dan pelakon Achey.

    Achey dapat kereta

    Achey Faris Azri

    Menerusi perkongsian di TikTok, Faris berkata kereta itu diberikan kerana Achey telah banyak membantu mempromosikan jenama pakaian yang diusahakan terutama ketika akaun media sosialnya disekat (banned).

    Saya pernah janji dengan Achey untuk berikan dia hadiah kereta Ford, saya memang ingin buat dia menangis.

    Kenapa saya janji dengan dia? Ingat tak ketika saya buat jelajah di Johor, akaun TikTok saya kena shadow banned.

    Kemudian saya minta Achey sebarkan konten banyak-banyak untuk promote perniagaan saya.

    Saya kata kalau jualan cecah satu target yang ditetapkan, saya akan bagi satu kereta Ford. Saya kotakan janji yang sebelum ini saya katakan. Rezeki orang baik.

    Dalam perkongsian berkenaan, Achey dilihat mengalirkan air mata ketika menerima kejutan itu di hadapan orang ramai.

    Menurut Achey, dia ikhlas membantu usahawan tersebut dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripadanya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Boleh Setiap Hari Saya Nak Ngorat Dia Walaupun Dah Dua Anak’ – Hairul Azreen

    Malah, anggota kumpulan Bocey itu menyifatkan Faris seorang insan yang baik hati.

    Apa yang saya buat hanya bantu awak (Faris), saya tidak mengharapkan apa-apa balasan pun.

    Awak memang seorang yang berhati baik, awak baik dengan semua orang.

    Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya berasa sebak melihat momen berkenaan.

    Video

    " data-video-id="7321993974909013266">
    @farisazrii Aku Surprise Kereta Ford Ranger Untuk Abg @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG ? original sound – Faris Azri Choii

     

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah