26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tun Laila Tak Faham Dengan Suami Mahu Isteri Cantik Tapi Tak Nak ‘Invest’ – ‘Bagilah Duit Untuk Beli Skincare’

    Shopee Sale



    Pempengaruh TikTok yang juga merupakan seorang peguam, Tun Laila Tun Rafaee meluahkan rasa hairan dengan segelintir kaum suami yang tidak mahu ‘melabur’ demi kecantikan isteri mereka.

    Nak isteri cantik tapi tak nak ‘invest’?

    " data-video-id="7501270005187726610">
    @yarafaeemaaf cakap tapi tumpang triggered ?? original sound – Tun Laila

    Menerusi TikTok, Tun Laila memuat naik tangkap layar ciapan dibuat seorang pengguna di aplikasi X yang bertanyakan soal suaminya yang tidak mahu menyediakan perbelanjaan buatnya untuk berdandan.

    Menurut Tun Laila, adalah tidak mengapa sekiranya mereka tidak mahu membelikan alat solekan namun sekiranya benar mahu isteri kelihatan berseri, mereka wajar menyediakan wang perbelanjaan bagi set penjagaan kulit setiap bulan.

    Tak faham dengan sesetengah lelaki yang nak isteri mereka cantik tapi tak nak ‘invest’.

    Mereka tak nak bagi pakai ‘make up’ sebab nak ‘natural look’ tapi tak nak belikan set penjagaan kulit.

    Nafkah bukan makan dan minum sahaja. Dah kalau nak isteri itu cantik, ‘invest’ lah. Ingat set penjagaan kulit ini murah ke?

    Tambahnya lagi, set penjagaan kulit yang konsisten sangat penting demi memastikan wajah isteri kekal berseri.

    Macam contoh kulit saya ini adalah sebab konsisten menggunakan set penjagaan kulit seperti pencuci muka, pelembab, retinol, vitamin C dan sebagainya.

    Kata kuncinya di sini adalah konsisten. Macam mana isteri anda nak konsisten kalau set penjagaan kulit itu habis dan tak ditambah?

    Jadi, bagilah duit untuk beli set penjagaan kulit.

    Bila isteri ini rasa dia cantik, percayalah mereka akan layan ada dengan baik dan dengan betul.

    Menerusi perkongsian itu juga, Tun Laila menasihati para wanita khususnya golongan isteri untuk menggunakan set penjagaan kulit bagi mengekalkan kecantikan pada wajah.

    MENARIK:  ‘Saya Bukan Nak Demand, Tapi RM500 Sehari Untuk 15 Babak Tak Berbaloi’ – Syanie

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan Tun Laila.

    Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dan masih menekankan bahawa penyediaan untuk membeli set penjagaan kulit tidak termasuk dalam nafkah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah