Anak kepada pelakon vateran, Dharma Harun Al Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman mendedahkan bahawa dia menerima pelbagai tawaran kerja tidak bermoral selepas berkongsi kisah kesusahan hidupnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Dharma Harun Mahu Terus Bekerja, Enggan Bergantung Dengan Sumbangan Orang Ramai
ArArtikel Berkaitan: Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’
Sewa tubuh RM1,000

Menurut Syafiq, 36, antara tawaran yang diterimanya termasuklah daripada individu tidak dikenali yang berani menawarkan bayaran sebanyak RM1,000 untuk menyewa tubuh badannya.
Saya terkejut bila dapat mesej macam tu awal Julai lalu. Ada juga tawaran lain yang jauh lebih teruk, tapi saya rasa tak sesuai nak kongsi secara terbuka.
Syafiq berkata demikian ketika tayangan filem Felai FX di Panggung 1, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pada Khamis.
Begitu pun Syafiq berkata, dia tidak berasa hairan apabila menerima mesej sedemikian kerana sedar tindakannya yang aktif memuat naik gambar tubuh badan sebagai sebahagian daripada portfolio kerjanya sebagai model.
Namun Syafiq menegaskan, dia tidak pernah terlintas untuk menjual maruah semata-mata untuk hidup mewah.
Saya memang seorang model, jadi ada kongsikan gambar-gambar badan. Tapi tak sangka pula disalah tafsir.
Walaupun hiudp saya terdesak, saya tak akan jual diri. Saya masih fikir dosa.
Dilabel pemalas

Dalam pada itu, Syafiq turut meluahkan rasa kecewa apabila segelintir pihak melabel dirinya pemalas hanya kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Katanya, sejak beberapa tahun lalu, dia memikul tanggungjawab menanggung ayahnya yang sudah tidak bekerja, meskipun hanya berpendapatan kurang RM1,000 sebulan sebagai barista sambilan.
Saya tak minta simpati. Cuma orang tak tahu, saya dah tiga tahun tanggung ayah saya dengan gaji kecil. Orang cepat menilai tanpa tahu cerita sebenar.
Saya kena belajar sebab nak naikkan penadapatan. Saya tahu ramai yang kecam sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Kalau saya berkerja mengikut lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ia juga tidak mencukupi untuk kami.
The post [VIDEO] Anak Dharma Harun Ditawar RM1000 Untuk ‘Sewa’ Tubuh – ‘Walaupun Hidup Terdesak, Saya Tak Akan Jual Diri’ first appeared on OHBULAN!.





