28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Hampir 10 Tahun Tidak Dibenar Masuk Singapura

    Shopee Sale

    Pelakon, Tony Eusoff mendedahkan sudah hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Singapura selepas diharamkan memasuki negara itu kerana kes dadah pada tahun 2016.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Serah Kepada Kalian Untuk Percaya Atau Tidak Video Itu’

    Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Pernah Dipenjara 8 Bulan Akibat Dadah, Minta Orang Luar Jangan Terus Jatuh Hukum – ‘Tiada Yang Sukarela Ambil’

    Salah sendiri

    Bagaimanapun, ketika ditemui , pemilik nama Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana itu adalah kesalahan dirinya sendiri.

    Setakat ini saya sudah tiga kali mohon secara online. Tapi saya nak salahkan siapa sebab itu salah saya sendiri. Siapa suruh saya bodoh dan cuai pada ketika itu.

    Saya akui saya yang tidak menghormati undang-undang negara itu. Kalau dah berani buat, kena berani tanggung. Sebab itu saya redha dan terima sahaja hukuman pada ketika itu.

    Saya bersyukur sebab saya dibebaskan tiga bulan lebih awal. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ia pengajaran buat saya.

    Tony berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Filem Mencari Ramlee, yang diadakan di Mid Valley, pada malam Khamis.

    MENARIK:  ‘Syukur Suami Izinkan Saya Duduk Di Rumah, Dia Mampu Sediakan Keperluan Kami’ – Anzalna Nasir

    Masih terima tawaran

    Dalam pada itu, Tony juga meluahkan rasa syukur kerana masih menerima tawaran lakonan dari negara seberang tambak walaupun diharamkan untuk memasuki negara tersebut.

    Ya sudah hampir 10 tahun tetapi saya masih berterima kasih walaupun tidak dibenarkan masuk mereka masih menerima saya untuk berlakon dalam salah satu stesen televisyen mereka.

    Disebabkan saya tidak dibenarkan ke sana, mereka sanggup datang Malaysia untuk rakam babak saya.

    Saya pun ada menang anugerah kerana drama itu. Hidup ini kadang-kadang memang pelik.

    Sebelum ini, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara kepada Tony kerana memiliki dadah terkawal kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah pada April 2016.

    Aktor itu dipercayai memiliki satu paket bahan sayuran yang telah dianalisis didapati mengandungi kesan ganja.

    The post [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Hampir 10 Tahun Tidak Dibenar Masuk Singapura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah