27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Alami Depresi Teruk’ – Farel Prayoga Akui Konflik Dengan Bapa Beri Kesan Mental & Emosi

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Farel Prayoga mengakui kehidupannya sangat terkesan berikutan berdepan dengan konflik bersama bapa, Joko Suyoto ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Farel Prayoga Lancar Single ‘Lemak Manis’ Versi Orkestra, Menawan Hati Peminat Serantau

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Adik Cilik Dapat Pujian Fauziah Latiff – ‘Wonderful Singing, Iman’

    Alami depresi

    View this post on Instagram

    A post shared by FarelPrayoga (@farelprayoga.real)

    Ketika ditemui , Farel berkata, kontroversi tersebut turut mengganggu kesihatan mental dan emosi, namun dalam apa juga keadaan dia tetap perlu meneruskan kerjaya seni.

    Ada ketika saya mengalami depresi yang sangat teruk kerana saya seharusnya tidak alami masalah ini. Perbalahan dengan orang tua sememangnya membuatkan saya tidak selesa.

    Tapi apalah yang boleh dilakukan, hidup tetap perlu diteruskan.

    Saya kena berjuang kalau tidak bagaimana nak cari makan? Jadi, saya perlu tetap bersemangat.

    Menurut remaja berusia 16 tahun itu, komunikasi antara dia dan bapanya turut terjejas malah hubungan mereka juga menjadi renggang.

    Sebelum ini memang kami masih berbual dan bergurau tapi selepas saya menegur dia kerana berbicara mengenai isu-isu lain, bapa seolah-olah tidak mahu bercakap lagi.

    Farel berkata demikian ketika ditemui pada sesi lepak santai bersamanya yang diadakan di Tasty Chapati, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.

    MENARIK:  May*t Wanita Berulat Ditemui Dalam Peti Sejuk, Diker*t Kepada 59 Bahagian

    Ganggu kehidupan

    Dalam pada itu, pengurus kepada Farel iaitu Rais, memaklumkan bahawa isu berkenaan bukan sahaja memberi kesan terhadap kerjaya remaja tersebut, malah pendidikannya juga turut terjejas.

    Sebenarnya kes ini menganggu kerjaya Farel. Sepatutnya kami boleh mengeluarkan lagu baharu dengan lebih cepat tetapi disebabkan isu ini kami terpaksa menangguhkannya.

    Yang paling terganggu adalah pendidikan Farel. Apabila ada masalah ini dia jadi susah untuk tidur sedangkan sebelum ini dia sentiasa bersemangat untuk bertemu rakan-rakan di sekolah.

    Justeru, Rais berharap agar peminat Farel sentiasa memberi sokongan terhadapnya terutama dari segi karier.

    Farel semakin meningkat dewasa dan mula faham dengan keadaan ini, malah dia pun banyak bergaul. Sekarang ini dia hanya ingin mencorakkan hidupnya dengan bahagia.

    Netizen sudah boleh menilai, mana yang betul dan mana yang salah. Biarlah dia tular kerana kerjayanya bukan sebab isu-isu ini kerana dia mempunyai bakat.

    Terdahulu, Joko didakwa telah menggunakan wang hasil pendapatan Farel yang dikatakan mencecah Rp 10 biliion (RM2.4 juta).

    Tidak berdiam diri, Joko kemudian membuat laporan terhadap Rais di Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia berhubung dakwaan tersebut.

    The post [VIDEO] ‘Saya Alami Depresi Teruk’ – Farel Prayoga Akui Konflik Dengan Bapa Beri Kesan Mental & Emosi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah