26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ella & Kaka Azraff Satu Pentas Dengan Seni Tradisi, Ini Kelainan Rentak Budaya 2026

    Shopee Sale

    Pentas seni dan budaya bakal menghidupkan ibu kota menerusi Rentak Budaya 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.

    Artikel Berkaitan: Tomok Teruja Jumpa Peminat Di Fiesta Tun Teja Pahang, Pesan Anak Muda Hargai Budaya Sendiri

    Ella antara meriahkan Rentak Budaya 2026

    Dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Wilayah Persekutuan) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan (JKKN), acara itu berlangsung di River of Life dan Padang Merbok.

    Antara tarikan utama ialah persembahan pentas di Padang Merbok bermula jam 8 malam yang menampilkan barisan artis popular tanah air.

    Antaranya Ella, Kaka Azraff, Haziq Rosebi dan Rosma Sidik, selain persembahan Dikir Barat oleh Issey & Friends.

    Persembahan kebudayaan seperti Gendang Rebana, Silat, Tarian Joget, Zapin Berkopak dan Gendang 24 turut mengisi pentas berkenaan.

    Acara tersebut diadakan bersempena Hari Permainan Malaysia 2026 yang berlangsung pada sebelah siang.

    Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman sepanjang tiga hari acara di Padang Merbok.

    Tampilkan aktiviti seni lebih interaktif

    Sementara itu, River of Life menawarkan pengalaman yang lebih santai dan interaktif apabila pengunjung berpeluang menyertai sendiri pelbagai aktiviti serta bengkel seni dan budaya.

    Berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam, kawasan itu turut menempatkan gerai jualan produk berasaskan kraf, seni dan budaya.

    Antara aktiviti yang disediakan termasuk Sembang Seni, persembahan buskers, demonstrasi Tarian Zapin, Bengkel Membuat Tanjak, Bengkel Batik, demonstrasi pemakaian Busana Malaysia, Bengkel Kaligrafi dan Seni Khat serta persembahan sketsa.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekas PA Dedah Artis Wanita Skandal Dengan Suami Orang, Kena Serang Dengan Isteri Di Rumah – ‘Dah Kantoi Pun Tak Serik’

    Antara penggiat seni yang bakal memeriahkan River of Life ialah Ann Abdullah, Kumpulan Teater Hidayah, Kyoji Sky, Siddiq Band, Mie Raja Lawak dan Pak Chu Raja Lawak.

    Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata Rentak Budaya diwujudkan sebagai sebuah platform yang menghubungkan artis, penggiat seni dan budaya dengan masyarakat dalam suasana yang lebih santai dan terbuka.

    Rentak Budaya bukan sekadar pentas persembahan artis. Kita mahu masyarakat datang bersama keluarga, melihat, mencuba dan merasai sendiri kepelbagaian seni serta budaya yang kita miliki.

    Di River of Life, pengunjung boleh berinteraksi secara lebih dekat dengan penggiat seni, manakala di Padang Merbok kita tampilkan persembahan berskala lebih besar yang menggabungkan artis popular dengan seni kebudayaan.

    Kita mahu Rentak Budaya menjadi ruang pertemuan antara seni tradisi dengan generasi hari ini. Seni dan budaya perlu terus diraikan, diberi ruang dan diperkenalkan dengan pendekatan yang segar supaya ia kekal dekat di hati masyarakat.

    Rentak Budaya 2026 menyasarkan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, golongan muda, peminat seni, pelancong serta orang ramai sekitar Kuala Lumpur.

    Siri promosi acara itu turut telah dimulakan pada 17 Oktober lalu di Laman Jejak Pahlawan @ Labu Sayong, Dataran Merdeka, diikuti mini aktiviti kebudayaan pada 24 Oktober seperti wayang kulit, dikir barat, cak lempong dan randai.

    Orang ramai dijemput hadir ke Rentak Budaya 2026 dari 30 Oktober hingga 1 November di River of Life dan Padang Merbok, Kuala Lumpur.

    The post Ella & Kaka Azraff Satu Pentas Dengan Seni Tradisi, Ini Kelainan Rentak Budaya 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah