28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘The Beast’ Jadi Kubu Bergerak Trump, Ini Ciri Keselamatan Luar Biasa Kenderaan Rasmi Presiden Amerika Syarikat

    Shopee Sale

    Foto: NSTP

    Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pastinya menjadi sorotan utama buat rakyat di negara ini.

    Artikel Berkaitan: Donald Trump Tak Yakin Dapat Masuk Syurga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Bapa Menangis Terharu Terima Kereta Daripada Puteri Sarah – ‘Dari Tahun Lalu Saya Bekerja Keras Simpan Duit’

    Lengkap dengan keselamatan

    Foto: Reuters

    Sebaik sahaja mendarat dari pesawat Air Force One, Trump menaiki sebuah kenderaan limosin mewah iaitu Cadillac One atau lebih dikenali sebagai The Beast.

    The Beast bukan sekadar kenderaan rasmi tetapi ia bertindak sebagai perisai dan sebuah kubu bergerak yang direka dengan beberapa ciri khas antaranya untuk menahan tembakan, serangan bahan kimia serta letupan.

    Kenderaan dengan berat hampir sembilan tan tersebut disadurkan dengan perisai setebal lapan inci serta lantai berperisai yang dapat menahan letupan bom.

    Selain boleh memberi kejutan elektrik kepada penceroboh, pemegang pintu kenderaan itu juga dilengkapi dengan sistem pelepasan asap bagi mengaburi mata musuh.

    MENARIK:  ‘Saya Offer Cik Epal Ambil Anak-Anak Tapi Dah 7 Hari, Dia Tak Muncul Walau Sesaat’ – Jofliam

    Kamera bagi penglihatan pada waktu malam dan sistem komunikasi selamat juga dibina bagi memastikan tidak putus hubungan dengan presiden. Bukan itu sahaja, presiden juga dapat berhubung terus dengan ketua tentera, pegawai kerajaan dan sekutu antarabangsa menggunakan sistem komunikasi berteknologi tinggi.

    Selain itu, The Beast memiliki tempat simpanan darah yang sepadan dengan jenis darah presiden dan jika berlaku serangan kimia, kenderaan ini juga sudah bersiap sedia dengan sistem oksigen tersendiri.

    Antara yang menarik perhatian adalah limosin ini mampu mengeluarkan kod pelancaran nuklear dan menyelaras operasi keselamatan.

    Bagaimanapun, The Beast tidak pernah bergerak sendirian dengan mengikuti konvoi 30 kenderaan merangkumi kereta umpan (decoy), SUV berperisai, van komunikasi, pasukan serangan balas serta unit tindak balas perubatan.

    PM berpeluang naiki The Beast

    " data-video-id="7565356713562443015" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @bernamatvofficial

    Konvoi rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merangkumi “The Beast”, kenderaan rasmi yang diterbangkan khas bagi lawatan ini, yang akan digunakan sepanjang berada di Malaysia. Selepas saling bertanya khabar, Anwar dan Trump menaiki The Beast bersama-sama, meninggalkan Kompleks Bunga Raya untuk ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga 28 Okt. 📹: Nazahiyah Hadzir digitalbernamatv DonaldTrump AnwarIbrahim #Thebeast

    ♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

    Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi detik yang tidak dijangka apabila beliau dijemput oleh Trump untuk menaiki The Beast sebelum Majlis Menandatangani Deklarasi bersama mengenai Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja, pada Ahad.

    Menurut beliau, Trump telah melanggar protokol setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan menjemputnya untuk bersama-sama dalam perjalanan menaiki kenderaan rasmi itu.

    Trump gembira dapat melanggar peraturan. Ia adalah perjalanan yang menyeronokkan.

    Sumber: Berita Harian, Buletin TV3, NBC News & Bernama TV

    The post [VIDEO] ‘The Beast’ Jadi Kubu Bergerak Trump, Ini Ciri Keselamatan Luar Biasa Kenderaan Rasmi Presiden Amerika Syarikat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah